Cara Semak Bil Astro Guna IC, WhatsApp, SMS dan My Astro

Bila bil Astro tak sampai atau e-bil tak masuk dalam emel, mulalah rasa risau. Saya pun pernah kena dulu siaran tiba-tiba hilang sebab bil tertunggak, padahal rasa macam dah bayar. Lepas tu baru tahu rupanya bil boleh disemak dengan pelbagai cara yang lebih mudah sekarang. Astro dah sediakan beberapa platform digital untuk bantu pelanggan semak bil sendiri tanpa perlu tunggu bil kertas.

Masalah ni nampak remeh, tapi boleh jadi menyusahkan kalau tak tahu nak semak di mana. Kadang bila nak buat pembayaran online, nombor akaun pun tak ingat. Mujurlah sekarang semua urusan bil boleh disemak terus dari telefon atau komputer tak perlu susah-susah tunggu posmen.

Jadi dalam perkongsian kali ini, saya nak tunjuk cara semak bil Astro guna IC, WhatsApp, SMS dan My Astro ikut pengalaman sebenar saya sebagai pengguna Astro juga.

Semak Bil Astro Guna IC

Semak Bil Astro Guna My Astro App

Antara semua cara, saya paling suka guna My Astro App. Aplikasi ni memang lengkap bukan sekadar semak bil, tapi boleh bayar, muat turun penyata, dan tengok sejarah bayaran sekali.

  1. Mula-mula, muat turun My Astro App dari Google Play Store atau Apple App Store.
  2. Log masuk guna Astro ID anda. Kalau belum ada, daftar akaun baru dengan emel yang sama digunakan semasa daftar Astro.
  3. Pergi ke menu Akaun > Bil.
  4. Paparan jumlah bil semasa akan keluar bersama tarikh akhir bayaran dan baki tertunggak.
  5. Kalau nak terus bayar, tekan je “Bayar Sekarang” boleh guna kad debit, kad kredit atau perbankan online.

Dalam aplikasi ni juga anda boleh muat turun penyata bil dan semak sejarah pembayaran bulan-bulan lepas. Kalau anda jenis suka simpan rekod, memang berbaloi guna app ni.

My Astro Web

My Astro Web

Selain aplikasi, Astro juga ada versi laman web yang fungsinya lebih kurang sama. Kalau anda lebih selesa guna laptop atau PC, ini pilihan yang sesuai.

  1. Pergi ke laman rasmi Astro ID
  2. Log masuk guna Astro ID yang sama macam dalam app.
  3. Klik menu Akaun Saya dan pilih Bil & Pembayaran.
  4. Dekat situ boleh terus tengok jumlah bil semasa, muat turun penyata, dan buat pembayaran online.

Saya sendiri kadang guna versi web ni bila sedang buat kerja di pejabat, sebab lebih senang nak buka dalam tab browser.

Check Bil Astro Guna WhatsApp

Kalau anda jenis nak cepat, semak bil guna WhatsApp memang senang. Tak perlu log masuk atau buka laman web pun.

  1. Simpan nombor rasmi Astro: 03-9543 3838.
  2. Buka WhatsApp dan hantar mesej “Hi”.
  3. Ikut arahan yang diberikan oleh chatbot Astro.
  4. Masukkan nombor MyKad (IC) atau Pasport bila diminta.
  5. Nak muat turun bil pula, masukkan nombor akaun atau Smartcard Astro.

Tapi kena tahu, semakan melalui WhatsApp ni tak boleh tengok sejarah pembayaran. Kalau nak fungsi penuh, tetap kena guna My Astro App. Tapi untuk semak baki cepat-cepat, memang ini cara paling praktikal.

Astro Quick Pay

Bagi saya, Astro Quick Pay ni macam pintu masuk ekspres untuk semak bil dan terus bayar. Tak perlu log masuk pun, hanya perlukan nombor akaun Astro.

  1. Layari laman rasmi https://pay.astro.com.my
  2. Masukkan nombor akaun Astro (10 digit) anda.
  3. Klik Semak Bil untuk lihat jumlah yang perlu dibayar dan status akaun.
  4. Kalau nak, anda boleh tambah peringatan bayaran ke kalendar Google supaya tak terlupa.

Nota penting: Fungsi muat turun bil atau semak sejarah bayaran tak ada dalam Quick Pay. Kalau anda terlupa nombor akaun, boleh semak semula di sini: Astro account number.

Saya pernah guna cara ni waktu nak cepat buat bayaran dari telefon kawan memang praktikal sebab tak perlu log masuk akaun sendiri.

Panggilan Telefon (IVR)

Kalau anda tak ada akses internet atau telefon pintar, boleh guna cara klasik: panggil terus ke pusat khidmat pelanggan Astro. Sistem IVR ni automatik, jadi tak perlu tunggu pegawai jawab pun.

  1. Dail +603-9543 3838.
  2. Tekan 1 untuk pertanyaan akaun.
  3. Masukkan nombor Akaun Astro (10 digit) atau nombor MyKad (12 digit).
  4. Tekan 2 untuk Pembayaran dan Pengebilan.
  5. Tekan 1 untuk terima SMS baki bil dan pautan pembayaran online.

Saya pernah guna cara ni masa internet rumah terganggu. Dalam beberapa saat je, SMS baki bil terus sampai. Cuma kelemahannya tak boleh muat turun bil atau tengok sejarah bayaran.

Saluran 200

Bagi pengguna Ultra Box atau Ulti Box, ini cara yang paling mudah semak bil terus dari TV! Tak perlu pegang telefon pun.

  1. Pastikan kotak Astro anda bersambung ke internet.
  2. Tukar ke saluran 200.
  3. Ikut arahan yang keluar di skrin TV.

Bila saya cuba sendiri, paparan jumlah bil keluar dengan jelas. Tapi, fungsi ni hanya untuk semak sahaja, tak boleh muat turun atau bayar terus dari TV. Untuk itu, masih kena guna My Astro App.

Soalan Lazim

1. Boleh ke semak bil guna IC sahaja?

Ya, boleh. Anda boleh semak bil guna nombor MyKad (IC) melalui WhatsApp atau panggilan IVR tanpa perlu log masuk akaun.

2. WhatsApp dan Quick Pay boleh tengok sejarah bayaran ke?

Tak boleh. Hanya My Astro App dan My Astro Web ada fungsi sejarah pembayaran dan muat turun penyata.

3. Kalau dah bayar tapi bil masih tunjuk baki tertunggak?

Tunggu lebih kurang 24 jam untuk sistem kemas kini. Kalau masih sama, terus hubungi Astro di 03-9543 3838.

Sebagai pengguna Astro sendiri, saya boleh katakan sekarang urusan bil jauh lebih mudah daripada dulu. Dengan semua pilihan ni, anda tak perlu risau lagi tentang bil tertunggak atau siaran tergendala. Senang, cepat dan semuanya boleh diurus dengan hujung jari.

Previous Article

Cara Hubungi No Telefon Astro Customer Service 24 Jam

Next Article

Cara Setting Remote Astro Ke TV Jenama Baru dan Lama

Write a Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *